Thursday, 26 May 2016

Spiderman lebar 'sesawang' perniagaan

13:14:00

PENGUSAHA Nasi Lemak Spiderman, Zawawi Ghazali, 29, (kanan) bersama warga The New Straits Times Press (NSTP) menunjukkan nasi lemak Spiderman yang digagihkannya ketika ditemui di pejabat NSTP Kota Bharu, Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Selepas popular dengan nasi lemaknya, kini Spiderman Kelantan mengorak langkah menjual sambal ikan bilis segera sempena Ramadan.

'Adiwira' itu yang nama sebenarnya Zawawi Ghazali, 30, berkata, sebelum itu sudah menyediakan 50 sampel percuma sambal berkenaan untuk mendapatkan reaksi pelanggan.
"Sampel ini diagihkan sejak beberapa minggu lalu dan menerima maklum balas positif. Pelanggan berpuas hati dengan sambal ini yang saya hasilkan mengikut resepi warisan ibu.
"Untuk itu, saya membuka tempahan bagi setiap 200 gram sambal ini dengan harga RM10, iaitu promosi sempena Ramadan.
"Saya juga merancang berniaga di Bazar Ramadan kawasan Mulong, di sini, nanti," katanya, hari ini.

Dia terdahulu mengunjungi pejabat The News Straits Times Press (NSTP) di sini, untuk mengagihkan 24 nasi lemak percuma kepada kakitangan.

Ia sebagai menghargai sokongan NSTP yang menjadi antara agensi berita awal mendedahkan kisahnya menjual nasi lemak adiwira sekitar Kota Bharu sebelum meluas hingga ke Sungai Golok, Thailand.

Sumber : Siti Rohana Idris (hmetro)

0 comments

Powered by Blogger.