Thursday, 19 May 2016

Kenapa Siput Babi Dalam Whatsapp Ke Kanan Bukan Ke Kiri

15:23:00

Kenapa Siput Babi Dalam Whatsapp Ke Kanan Bukan Ke Kiri




Babi"

Ramai yang cuba merungkai misteri dimana dalam emoji whatsapp hanya siput babi yang menghala ke kanan bukan ke kiri sebagaimana haiwan lain dalam emoji.

Pernahkah kita cuba menrungkai misteri yang mampu menghapuskan kadar gst dalam negara kita ini.

Misteri yang mampu menaikkan harga pasaran saham malaysia apalagi nilai ringgit kita.

Mungkin juga dengan terjawabnya isu siput babi ini maka kita mampu melihat beberapa lagi binatang berbentuk 3D dengan menjulingkan mata ala‐ala janna nick untuk melihat binatang apakah 3D dalam sekeping gambarajah ? 

Tidak cukupkah kita di'binatang'kan oleh sesetengah manusia yang menjaga amanah negara dengan pelbagai kesusahan.

Berbalik kepada mengapa siput babi ke kanan bukan ke kiri talaan muka mereka.Apakah telah berlaku perselisihan faham antara binatang lain dan siput babi ? atau siput tersebut sudah berasa sudah tidak babi lagi sebagaimana dahulunya telah 'memakan' sayuran dan tanaman dan kini ingin kembali insaf atas perbuatannya.

Kita telusuri kes yang amat besar ini dengan perkataan 'babi' itu sendiri. Babi merupakan perkataan yang amat kasar dan jelik untuk digelarkan kepada individu, jika babi itu sendiri mengetahui betapa babinya perkataan babi itu, mereka sudah la melarikan diri ke dalam gua.

Oleh kerana sudah terpalit dengan gelaran siput babi, maka siput ini telah mengambil inisiatif untuk menjauhkan diri dari babi. Jika dilihat, emoji babi menghala ke arah kiri, maka untuk tidak merumitkan keadaan siput babi telah memalingkan tubuhnya ke arah bertentangan supaya terhindar dari sebarang masalah jika ada binatang lain yang menyebut perkataan babi atau memanggil babi.

Jika ada yang memanggil babi, maka hanya babi sahaja yang akan berpaling bukan siput babi pun turut berpaling. Demi menjaga institusi keamanan emoji sedunia, maka siput babi mengalah dan meneruskan kehidupan dengan aman.

Apakah akan berlaku jika siput babi turut ke kiri bersama haiwan lain termasuk babi ? Apabila ada yang memanggil babi adakah siput babi juga akan berpaling bersama babi ? Ada baiknya siput babi pergi ke arah bertentangan menuju perancis, sekurang‐kurangnya di sana orang perancis akan memanggilnya 'escargot'.

Mungkin juga antena pada siput babi lebih 'clear' signal wifi untuk mengikut kemahuan aplikasi waze berbanding haiwan lain yang tidak memiliki antena.

Misteri ini harus dirungkai kerana ia mungkin akan menghancurkan sesebuah negara sebagaimana yang telah terkandung dalam hikayat merang perapu kepunden parang sekeper

3 Benda yang akan menghancurkan negara

1. Parking tak masuk petak parking
2. Kelaur simpang tak bagi signal
3. Siput babi yang radikal

Teehee...

Anda fikir anda tahu Kenapa Siput Babi Dalam Whatsapp Ke Kanan Bukan Ke
Kiri ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

0 comments

Powered by Blogger.