Friday, 20 May 2016

PERINGATAN!!!, SANGAT BAHAYA.. TOLONG SIRAM TOILET ANDA SEBELUM MENGGUNAKANNYA! TOLONG SEBARKAN!!

14:49:00

PERINGATAN!!!, SANGAT BAHAYA.. TOLONG SIRAM TOILET ANDA SEBELUM MENGGUNAKANNYA! TOLONG SEBARKAN!!




SHAH ALAM, 18 April – Seorang wanita nyaris maut selepas dipatuk seekor ular ketika dia sedang membersihkan tandas rumahnya di Taman Seksyen 32, di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa Noor Baizura Shawal 36, dipatuk ular dan mengenai dua jari pada tangan kirinya sejurus selepas reptilia itu keluar dari lubang tandas.

Suami mangsa yang enggan namanya disiarkan, bergegas masuk ke tandas selepas terdengar jeritan mangsa mengerang kesakitan kesan dari patukan ular yang dipercayai ular sawa. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Cawangan Klang tiba 15 minit selepas dihubungi.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, insiden ini berlaku berikutan cuaca panas yang melanda negara ketika ini menyebabkan habitat reptilia itu terancam dan membuatkan ia bertindak agresif.

Bagaimanapun, mangsa yang telah menerima rawatan kini dalam keadaan stabil ketika dihubungi dan punca kedatangan haiwan itu masih dalam siasatan.

Kemaluan Dipatuk Ular Ketika Duduk Dalam Tandas



Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.

Kemaluan Dipatuk Ular Ketika Duduk Dalam Tandas


Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

LelAki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.

“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.

Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.

“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.

Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya. – Agensi

SumbEr : Metro

Ank2 bila time rehat atau nk pgi tandas itu jam tgk2 ye jgn main lari je.bahaya ni .semoga kalian dlm lindungan allah Aamiin..

0 comments

Powered by Blogger.