Johor Bahru: Mayat Seorang pelajar sekolah menengah ditemui terapung selepas terjatuh ke dalam longkang dan dibawa arus deras dalam kejadian di Taman Setia Indah, di sini, kira kira 7.20 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Amirul Rashid Mohamad Mokhtar, 14, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Daya di sini.
Beliau berkata, mangsa ditemui kira kira 70 meter dari lokasi terjatuh oleh pasukan penyelamat dan orang awam.
"Pada 6.50 petang semalam, mangsa bersama abang kembarnya dan seorang rakan sekolah cuba menyeberang longkang di Jalan Setia 4, Taman Setia Indah untuk balik ke rumah di Jalan Setia 6, Taman Setia Indah.
"Ketika mangsa cuba menyeberang longkang terbabit dengan tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam longkang dan dihanyuti arus yang pada ketika itu sangat deras," katanya ketika dihubungi hari ini.Sumber : Mohamad Fahd Rahmat (hmetro)
0 comments