Friday, 27 May 2016

BERGEGAR JANTUNG!! Inilah 3 foto TERKINI Amy AF3 sudah 100% transform jadi "LELAKI" yang amat MENGEJUTKAN ramai!!!


Amy yang pernah popular menerusi racangan realiti Akademi Fantasia musim ke 3 kini dah jadi lelaki yang sebenar. Mungkin sebelum ini dia pernah menafikan yang dirinya tomboy dan komitmen kerja menyebabkan dirinya berubah wajah. Tetapi kini sudah Sah si Amy Ini .

Menerusi Instagram Miss_Kepoh ramai yang mendakwa yang si Amy ini sudah lama menjadi tomboy cuma yang lebih dasyat perubahan Amy Menjadi lelaki sangat menakjubkan. Memang nampak dia ini lelaki.





PERUBAHAN MENDADAK!! Masih ingat pelakon popular Bollywood, Aamir Khan yang terkenal dengan WAJAH TAMPAN & BODY SADONYA?!! Jangan tak percaya inilah 5 foto terkini beliau yang amat MENGEJUTKAN ramai!!!

Ini baru namanya pelakon hebat, sanggup korbankan bentuk fizikal semata-mata untuk menjayakan wataknya dalam sebuah filem.



Pelakon popular Bollywood, iaitu Aamir Khan telah mengejutkan para peminat dan media hiburan di sana dengan penampilan terbarunya.

Kelibat Aamir yang kelihatan sudah gemuk mula menarik perhatian orang ramai, menurut laporan media Bollywood.. Aamir telah mengambil keputusan untuk menaikkan berat badannya sehingga 25 kilogram hanya untuk menjayakan watak dalam filem terbarunya ‘Dangal’.

Disebabkan berat badannya yang gemuk itu, Aamir kini telah digelar seperti watak karton ‘Baymax’ oleh penduduk India.. Tubuh yang besar dan badan yang gendut, memang macam ‘Baymax’ sebijik wei.. Hahaha.

Apapun, imej tersebut tak akan dikekalkan oleh Aamir.. Berat badan dia naikkan hanya untuk filem terbarunya.. Selepas penggambaran filem itu selesai, dia akan kembali turunkan berat badannya semula kepada normal.







Pelakon macam ini yang patut dapat anugerah pelakon terbaik.. Mana nak jumpa pelakon sanggup naikkan berat badan dua kali ganda hanya untuk watak.. Kat Malaysia ada ka artis yang sanggup, nakkan berat badan? Kalau ada pun, lepas tu berat dah tak turun-turun.. Hehehe..

Thursday, 26 May 2016

Spiderman lebar 'sesawang' perniagaan

PENGUSAHA Nasi Lemak Spiderman, Zawawi Ghazali, 29, (kanan) bersama warga The New Straits Times Press (NSTP) menunjukkan nasi lemak Spiderman yang digagihkannya ketika ditemui di pejabat NSTP Kota Bharu, Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Selepas popular dengan nasi lemaknya, kini Spiderman Kelantan mengorak langkah menjual sambal ikan bilis segera sempena Ramadan.

'Adiwira' itu yang nama sebenarnya Zawawi Ghazali, 30, berkata, sebelum itu sudah menyediakan 50 sampel percuma sambal berkenaan untuk mendapatkan reaksi pelanggan.
"Sampel ini diagihkan sejak beberapa minggu lalu dan menerima maklum balas positif. Pelanggan berpuas hati dengan sambal ini yang saya hasilkan mengikut resepi warisan ibu.
"Untuk itu, saya membuka tempahan bagi setiap 200 gram sambal ini dengan harga RM10, iaitu promosi sempena Ramadan.
"Saya juga merancang berniaga di Bazar Ramadan kawasan Mulong, di sini, nanti," katanya, hari ini.

Dia terdahulu mengunjungi pejabat The News Straits Times Press (NSTP) di sini, untuk mengagihkan 24 nasi lemak percuma kepada kakitangan.

Ia sebagai menghargai sokongan NSTP yang menjadi antara agensi berita awal mendedahkan kisahnya menjual nasi lemak adiwira sekitar Kota Bharu sebelum meluas hingga ke Sungai Golok, Thailand.

Sumber : Siti Rohana Idris (hmetro)

Ajal pulang dari sekolah


Johor Bahru: Mayat Seorang pelajar sekolah menengah ditemui terapung selepas terjatuh ke dalam longkang dan dibawa arus deras dalam kejadian di Taman Setia Indah, di sini, kira kira 7.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Amirul Rashid Mohamad Mokhtar, 14, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Daya di sini.

Beliau berkata, mangsa ditemui kira kira 70 meter dari lokasi terjatuh oleh pasukan penyelamat dan orang awam.
"Pada 6.50 petang semalam, mangsa bersama abang kembarnya dan seorang rakan sekolah cuba menyeberang longkang di Jalan Setia 4, Taman Setia Indah untuk balik ke rumah di Jalan Setia 6, Taman Setia Indah.
"Ketika mangsa cuba menyeberang longkang terbabit dengan tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam longkang dan dihanyuti arus yang pada ketika itu sangat deras," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber : Mohamad Fahd Rahmat (hmetro)

Tuesday, 24 May 2016

Baca Al Quran 2 Juzuk, Boleh Makan Percuma


Bandung - Perut keroncongan tapi lagi tak punya duit untuk beli makan siang? Promo Warteg Joni Abadi yang ada di Jalan Ciujung Kota Bandung ini patut dicoba. Satu piring menu lengkap warteg bisa gratis asal sudah mengaji 2 Juz Al Quran.

Warteg Joni Abadi yang dikelola oleh Ricky Ricarvy Irawan (31) ini memang mengusung konsep islami. Banyak pemuda yang datang ke warung makan kelas kaki lima ini yang juga mengaji di tempat tersebut.

"Jadi saya fasilitasi (untuk mengaji) di sini. Malah saya kasih hadiah makan gratis kalau sudah mengaji 2 juz," ungkap pria yang hobi bermain skateboard itu kepada detikcom, Jumat (29/1/2016).

Ricky mengukur, rata-rata kalau sudah mahir mengaji, 2 juz bisa selesai dalam kurun waktu satu jam. Setelah selesai mengaji, perut keroncongan siap diisi dengan menu-menu menggiurkan dari Warteg Joni Abadi.

"Tapi biasanya mereka juga enggak mau gratis, nggak enak sama saya. Ujung-ujungnya bayar. Padahal enggak apa-apa," kata Ricky.

Mengaji di Warteg Joni Abadi (foto: Avitia Nurmatari)

Ada pilihan sekitar 15 menu dari warteg mobil tersebut yang bisa diantap setelah mengaji. Menu favoritnya cumi, kentang mustopa dan opor ayam.

"Dulu waktu di Al Lathief saya jualan kalau ada kajian saja. Jadi yang pulang kajian, laper makan di saya. Sekarang banyak yang enggak kebagian, pada minta buka dari siang juga," jelasnya.

Sejak seminggu lalu, Warteg Joni Abadi berpindah tempat ke Jalan Ciujung, dari semula mangkal di depan Masjid Al Lathief, Jalan Suren, Bandung.

Warteg Joni Abadi di mobil (Foto: Avitia Nurmatari)

Ricky berharap, ramainya warteg dengan orang yang mengaji, bisa menjadi salah satu cara dakwah dan mengajak orang-orang yang melintas untuk menjadi ikut mengaji.

"Di sini kan jalan cukup padet, banya orang lewat. Kalau di sini banyak yang membaca Al Quran, orang pada lihat, mungkin nanti yang enggak biasa jadi tergerak," imbuhnya.

Monday, 23 May 2016

Kantoi!! Patut La Menang? Rupanya Dah Kantoi Awal-Awal Lagi?? Ini Punca Fatin Menang Clever Girl! Perghh! Fair Ke???


Semua soalan kuiz CGM disediakan Mensa Malaysia (The High IQ Society).

Shah Alam: Peserta berasal dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi selepas menewaskan tiga peserta lain untuk memenangi program realiti 'game show' Clever Girl Malaysia (CGM) malam ini.

Fatin berjaya memikat hati juri untuk mengatasi Lam Wai Chuin (Jane dari Perak), Mary Jospehine Muhammad Houston (Mary,Pahang) dan Arina Mohd Fairin Lum (Arina, Selangor).

Ariana pula terpilih sebagai naib juara membolehkannya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Final CGM yang siarkan secara langsung melalui TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, menyaksikan Jane meraih markah terendah pada pusingan pertama dan tersingkir serta-merta.

Dua finalis yang mencatat markah rendah bertarung di pusingan kedua dalam cabaran fizikal dengan pemenang mara ke pusingan akhir.

CGM yang dihoskan Alif Satar dan disiarkan secara langsung melalui TV3, adalah program menampilkan 14 peserta dari 14 negeri dan hanya empat peserta layak ke pusingan akhir selepas 10 minggu berentap.

Semua soalan kuiz CGM disediakan Mensa Malaysia (The High IQ Society).

TERKINI ! Pembunuh Dedah Kata-Kata TERAKHIR Enno Padanya Yg Buatkannya MARAH SANGAT !

TERKINI ! Pembunuh Dedah Kata-Kata TERAKHIR Enno Padanya Yg Buatkannya MARAH SANGAT !




JAKARTA - Salah seorang dari tiga suspek yang didakwa telah membunuh Enno Farihah, telah dilepaskan berikutan bukti tidak mencukupi. Namun, pihak polis Mapolda Metro Jaya telah mengambil masa tiga hari untuk mengumpul segala bukti-bukti yang berkaitan dan akhirnya berjaya merungkai segala persoalan berhubung kes ngeri itu. 

Lapor Merdeka.com, dengan terungkainya tiga persoalan utama dalam kes itu meletakkan ketiga-tiga mangsa bakal berdepan dengan hukuman gantung sampai mati mengikut undang-undang negeri itu berkaitan pembunuhan terancang. 

1. Pemikiran Pelaku dan Motif

Siasatan awal pihak polis mendapati, Rahmat (16) telah memujuk Enno untuk bertemu buat kali terakhir setelah dia difahamkan bahawa Enno akan dikahwin dengan lelaki lain oleh orang tuanya. 

Bagaimanapun, Enno enggan bertemu dengan Rahmat. Tetapi setelah termakan pujuk rayu lelaki itu, dia akhirnya bersetuju.

Menurut pengakuan Rahmat, mereka sempat berpelukan sehinggalah ketika dia mengajak mangsa melakukan hubungan intim. Mangsa terpaksa menolak kerana takut hamil dan tindakan itu akan mengecewakan bakal suaminya. 

Berang dengan jawapan mangsa, Rahmat terus keluar dari rumah itu. 

2. Kewujudan 3 Pelaku Dalam Masa Yang Sama

Ketika Rahmat keluar dari asrama yang didiami Enno, dia sempat menghisap rokok di depan pintu gerbang asrama berkenaan. Dari situlah dia bertemu dan mengenali Arif (24) yang kebetulan lalu di situ. 

Arif merupakan pekerja di kilang yang sama dengan Enno, tinggal di belakang asrama Enno. 

Hairan dengan kehadiran Rahmat, lalu Arif bertanya mengapa dia berada di situ pada tengah malam. Sedang mereka berdua rancak berbual, Imam (24) kemudian lalu di situ dan berkenalan dengan mereka berdua serta turut bertanyakan soalan yang sama. 

"Mengapa kamu berdua ada di depan rumah Enno?" 

Difahamkan Enno merupakan wanita yang dicintainya.

Terlanjur berkenalan, lalu Rahmat menceritakan hubungannya dengan Enno dan Enno bakal dikahwinkan oleh orang tuanya dengan lelaki pilihan mereka. Arif juga mengakui dia menyukai Enno malangnya tidak dilayan. Begitu juga dengan Imam. 

Ekoran itu, Arif dan Imam mengajak Rahmat memperkosa Enno. 

"Perkosa saja dia kerana dia tidak akan pernah menjadi kekasih engkau lagi,"

Rahmat bersetuju dan terpengaruh dengan dua lelaki terbabit, mereka terus pergi dan masuk ke dalam rumah mangsa dan memperkosanya secara bergilir-gilir.

Imam menekap mulut mangsa menggunakan bantal semasa Arif memperkosa mangsa. Rahmat pula disuruh mencari pisau setelah selesai memperkosa Enno. 

3. Kewujudan Cangkul

Rahmah mencari pisau di dapur tetapi gagal menemuinya. Kemudian dia keluar dari rumah dan menemui cangkul yang diletakkan tidak jauh dari pintu rumah mangsa.

Rahmat kemudian menyerahkan cangkul itu kepada Arif tetapi Arif enggan mengambilnya dan menyuruh Rahmat memukul kepala mangsa. Rahmat berkata, ketika dia memukul kepala mangsa dengan cangkul, dia menutup matanya. Pukulannya itu telah menyebabkan wajah mangsa terkoyak sehingga memercikkan darah.

Geli melihat darah yang memenuhi bilik mangsa, mereka bertiga keluar dari bilik itu. Bimbang mangsa selamat dan akan melaporkan kejadian itu kepada polis, lalu ketiga-tiga mereka bersepakat untuk menamatkan riwayat Enno dengan menyulanya menggunakan cangkul sehingga menyebabkan mangsa maut dalam keadaan yang amat mengerikan. 

Ketua Balai Polis Mapolda Metro Jaya, Krishna Murti berkata, teka teki pembunuhan sadis Enno telah terungkai sepenuhnya. Kes pembunuhan Enno merupakan kes pembunuhan yang paling ngeri pernah dilihatnya sepanjang karier sebagai anggota polis.

Ketiga-tiga tertuduh juga telah mengakui perbuatan mereka dan difahamkan mereka akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Clever Girl Ke Lucky Girl? Ini 7 Fakta Yang Anda Tak Tahu Tentang Fatin, Juara Clever Girl Malaysia

Clever Girl Ke Lucky Girl? Ini 7 Fakta Yang Anda Tak Tahu Tentang Fatin, Juara Clever Girl Malaysia




Walaupun Clever Girl Malaysia merupakan rancangan realiti baru, sambutan yang diterima oleh penonton boleh dikatakan menyengat. Clever Girl nyata mempunyai tarikan tersendiri serta punyai content yang berbeza dari rancangan realiti TV lain.

Setelah 10 minggu rancangan itu dijalankan, akhirnya semalam seorang gadis bernama Fatin telah dinobatkan sebagai juara edisi sulung Clever Girl Malaysia. Wakil dari Kelantan itu telah mengenepikan 3 lagi pencabarnya iaitu Arina (Selangor), Mary (Pahang) dan Lam Wai Chuin (Perak). Tapi siapakah disebalik nama Fatin ni eh?


Oghee Kelateee



Semua sedia maklum bahawa Fatin atau nama sebenar Fatin Nuraisya Mohd Hanipha berasal dari Kelantan. Nampak raut wajah alahaii comelnya macam budak lepasan belajar di Universiti. Tapi tahukah anda bahawa umur Fatin dah mencecah 28 tahun? Awet muda ni.

Belajar di..



Gadis comel ni kalau korang nak tahu merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang International Islamic University Malaysia. Wahh, belajar di UIA rupanya Fatin ni.

Nak tahu Fatin kerja apa?


Patut la dapat masuk Clever Girl Malaysia sebab Fatin ni sebenarnya seorang peguam atau orang putih panggil ‘Lawyer’. Bukan sekadar dapat masuk rancangan tu je malah terus merangkul juara. Alhamdulillah rezeki Tuhan nak bagi kan?

Penggemar coffee


Jika anda follow Instagram Fatin, boleh dikatakan dia merupakan seorang ‘coffee drinker’. Coffee merupakan minuman wajib sebelum melakukan sebarang aktiviti untuk bagi tidak mengantuk dan kekal bertenaga! Kami tahu sebab kami pun ‘hantu’ coffee. Hehe

Pernah dipalit kontroversi


Ni baru jadi peserta Clever Girl, belum jadi artis popular lagi. Baru-baru melalui laman Facebook, Fatin telah muat naik status berbaur lucah. Tetapi sebenarnya itu bukan lah Fatin, ada orang busuk hati buat akaun ‘Fake’ dan mungkin ada niat ingin memburukkan reputasi Fatin. Haihh sabar je la..


Pernah tersingkir, diserap balik


Bagi anda yang mengikuti perkembangan rancangan ni. Anda mesti tahu bahawa Fatin pernah tersingkir pada minggu ke-5, namun pihak penerbitan buat kejutan bahawa ada peserta diserap balik dan gadis bertuah itu adalah Fatin.

Clever girl ke lucky girl?


Walaupun Fatin sudah dinobatkan sebagai juara, namun ada sesetengah pihak yang masih kurang senang dengan kemenangannya tu. Ramai yang menganggap bahawa Fatin lebih kepada bernasib baik. Takpe lah, mungkin peserta kegemaran mereka tidak menang kot. Tapi apa-apa pun kami nak ucapkan tahniah kepada Fatin the clever girl!




Hanya Kerana Melawan Perogol MenggunakanPenyembur Pemedih Mata, Wanita Ini Didenda Sebanyak Rm300

Hanya Kerana Melawan Perogol Menggunakan Penyembur Pemedih Mata, Wanita Ini Didenda Sebanyak Rm300



SONDERBORG - DENMARK. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.

Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.

Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.

Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dana untuk menolong remaja terbabit membayar denda.

Luahan Isteri KRT… “Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah…”

Luahan Isteri KRT… “Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah…”




Luahan Isteri KRT… “Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah…” | Saya baru saja berkahwin dalam setahun. Saya lahir dari kalangan orang susah dan keluarga saya memang susah. Berlainan dengan suami, dia orang senang dan keluarganya pun memang asal usul orang berada.

Kerja dan gaji suami pun alhamdulillah. Sebelum kahwin dengan suami, saya sudah beritahu awal­ awal yang saya ini orang susah. Saya cuma mahu dia menerima saya dan keluarga saya seadanya. Saya tidak mahu dia cuma sayangkan saya, saya mahu dia sayangkan keluarga saya juga.

Suami kata, dia tidak kisah dengan semua itu sebab dia sayangkan saya dan dia tidak kisah dengan latar belakang keluarga saya.

Tetapi selepas berkahwin, saya menjadi serba salah. Suami saya menjadi seperti tidak dapat menerima keluarga saya lagi. Dia tak adalah berkata demikian tetapi dari sikap dia, jelas sekali menunjukkan dia begitu.

Saya ajak dia tidur di rumah pun susah. Kadang­kadang saya tinggal di rumah mak dalam sehari dua. Bila suami nak menjemput saya di kampung, mak punyalah gembira sampai dia kemaskan rumah, bilik, cadar selimut pun dia cucui semua. Tetapi bila suami sampai, dia tak nak tidur di rumah dan dia nak balik pada hari itu juga. Nak ajak makan di rumah pun susah.

Saya ingat lagi bila suami datang ke rumah mak, mak cepat­cepat pergi pasar beli makanan sedap­ sedap, ikan mahal­mahal, sayur maha l­mahal tetapi nak ajak suami makan itu, punyalah liat. Saya sedih dan serba salah dengan mak saya.

Selepas berkahwin, saya dan suami memang duduk berjauhan dengan keluarga saya dan juga keluarga suami. Saya selalu berkata pada suami,

“Sekali sekala saya nak bawa mak ke rumah kita, tidur semalam dua, boleh tak bang?”

Tetapi dia memberikan respon negatif.

“Nantilah kalau ada masa,” katanya.

Tetapi saya tengok dia tak adalah sibuk sangat. Hujung minggu pun ada saja dan saya sedih sebab sepanjang perkahwinan, dia tidak pernah bawa mak saya datang ke rumah kami.

Kadang­kadang saya nak bawa mak jalan­jalan pergi ke bandar, belikan mak baju, suami kerap memberikan alasan tak ada masa. Sedangkan kerja tak sibuk mana pun.

Mak saya orang susah, nak merasa pergi bandar setahu sekali pun jarang. Dia cuma berniaga sayur di pasar. Kadang­kadang sedih juga tengok mak tak ada baju baru tetapi bersyukurlah, kadang­kadang suami ada hulur juga pada mak dan ayah saya.

Tetapi mak saya tak pernah kisah kalau suami saya bagi duit atau tidak pada mereka sebab mak saya cuma happy dapat menantu yang boleh jaga anak dia. Anak dia pun hidup dah senang sikit, tak adalah susah seperti mereka.

Ya Allah.. sedih. – KRT | PIXEL MEDIA

Sunday, 22 May 2016

Apek Ini Hanya Naik MRT, Berpakaian Seperti Biasa Sehingga Sebuah Akhbar Dedahkan Identitinya



APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru‐baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.

‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.

Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.

Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu‐cucunya lekat. Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.

Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.

Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana‐mana negara yang beliau singgah.

Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah. Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”

Agak‐agak ada tak mana‐mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim?

MEMANG SEPADAN DENGAN FASHA SANDHA!! Patut Ler JEJAI BERANI UGUT DAN KECAM ARTIS LELAKI INI sebab keluar dengan FASHA....



KUALA LUMPUR: Pelakon, Aedy Ashraf, 23, mendakwa ditegur bekas suami Fasha Sandha, 32, iaitu Rizal Ashram Ramli, 39, atau Jejai dipercayai gara-gara berkawan rapat dengan aktres itu. 

Mendakwa terkejut dengan tindakan Jejai, Aedy memberitahu, dia tidak pernah menganggap Fasha lebih daripada seorang kawan, malah mereka membahasakan diri masing-masing sebagai adik dan kakak. 

"Saya tidak pasti kenapa Jejai menegur saya begitu. Mungkin kerana dia nampak saya akrab dengan Fasha. 

"Sebenarnya, saya dan Fasha rapat. Kami saling mengenali sejak lebih lima tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kami berlakon bersama dalam bersiri Lara Aishah," katanya kepada BH Online.



Aedy mengulas gosip kononnya dia 'diserang' Jejai dalam satu kejadian, baru-baru ini. Ketika itu, Aedy, Fasha dan beberapa kenalan lain dikatakan sedang berbual sebelum didatangi Jejai. 

Beberapa hari lalu, Fasha juga dilaporkan membuat laporan polis terhadap Jejai. 

Aedy yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Dorm Melati di Bukit Larut, Taiping, Perak, menganggap insiden ditegur Jejai sebagai salah faham. 

"Ia mungkin hanya salah faham. Saya enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu," katanya. Fasha bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan. 

Fasha dan Jejai yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada 20 Januari lalu. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemyma, 1.

Inilah yang Terjadi Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi??!!

Inilah yang Terjadi Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi??!!





Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati.

Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit‐birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri‐ciri anti‐karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri‐ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri‐ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain‐Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne.
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar.

Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula‐mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa.

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang‐kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam) 

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas.
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress. 
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE).

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni.

Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula‐mula memang rasa pedih tapi lama‐kelaman nanti dah tak rasa apa.

Bye‐bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan‐simpan. Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara
dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan
badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada
mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman. Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. Sapu dengan cotton ball atau Q‐tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.

Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari.
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat‐sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment. Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber
air minum yang berbeza‐beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam.

Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya Reneh atas api selama 5 minit, Tapiskan dan sejukkan. Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu. Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik. Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil


Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur. Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan.

Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam. Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut Selamat tinggal Varicose Vein!.

Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart. Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap‐tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari. Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil.

Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan. Walaupon lemon ni adalah natural remedies, tapi ada beberapa garis panduan:
Kanak‐kanak berusia 10 tahun dan kebawah, penghidap pedih ulu hati, buah pinggang tidak sesuai minum jus lemon. Untuk melindungi enamel gigi kita, jangan terus gosok gigi selepas minum/berkumur dengan air lemon. Tunggu sekurang‐kurangnya setengah jam.

Semoga bermanfaat!
Powered by Blogger.